Tuesday, January 25, 2011

Koleksi Petua-petua Untuk Kesihatan


Dalam dunia perubatan seringkali kita dikaitkan dengan perubatan cara barat yang dikatakan moden dan berkesan. Namun harus kita ingat, kita juga mempunyai perubatan cara kita sendiri, yang diamalkan oleh orang tua-tua kita, yang saya lihat mereka adalah jauh lebih sihat daripada kita hari ini. Mereka tidak punya alat-alat moden tetapi masih mampu hidup sihat dan awet muda. Mereka tidak mengalami kesan sampingan seperti yang dialami oleh perubatan moden. Sepatutnya kita cuba belajar dari orang-orang tua kita ilmu kesihatan ini, bukan sekadar dijadikan jalan terakhir andai perubatan moden tidak berkesan.

Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional mempunyai kesan yang mujarab terhadap penyakit-penyakit, bukan sekadar menutup penyakit tersebut tetapi menyembuhkan mereka sama sekali. Contoh jelas, perubatan cina (sensei), akupuntur, ayurveda dan perubatan melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan melupakan ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan masa, kitalah jua yang kerugian.

Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk dikongsikan:


BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.


LEMAH RASA BADAN

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.


KELEMUMUR

  • Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
  • Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
  • Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.


MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.


DEMAM SELSEMA

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.


RAWAT TUMIT RETAK

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.


KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.


ELAKKAN TANGAN MELEPUH

Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.


GIGI LEBIH KUAT

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.


MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.


TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..


TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.


UBAT SEMPUT

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.


BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL

Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..


DEMAM KUNING

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..


MENAMBAH AIR SUSU

Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..


SAKIT KEPALA

Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..


SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..


URAT BETIS TIMBUL

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.


DEMAM CAMPAK

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


RUAM PANAS

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..


BERAK BERDARAH

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

Tuesday, January 18, 2011

detox foot nyah toksin: JUALAN PENGHUJUNG TAHUN

detox foot nyah toksin: JUALAN PENGHUJUNG TAHUN: " DAPATKAN HARGA BERPATUTANDETOX GOLD SLIMMING + SABUN PELANGSINGfungsi gold slimming foot patchSlimming Foot Patch berfungsi menyahk..."

Monday, December 20, 2010

Petua Senaman Kacip Fatimah

Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petuatermasuklah menjaga makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan melakukan senaman ini kepada seiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat.





emasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa ‘stroke’ kerap menyerang pada awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.
Saya telah berpeluang belajar Senaman Kacip Fatimah untuk wanita dari seorang tukang urut yang berasal dari Yong Peng, Johor. Beliau pergi mengurut ke merata tempat dan akan mengajarkan kepada wanita-wanita yang diurutnya itu gerakan-gerakan senaman ini. Gerakan senaman yang beliau ajarkan adalah serupa dengan gerakan yang diajarkan oleh seorang lagi wanita Melayu yang berasal dari Johor Bahru, menunjukkan bahawa gerakan senaman ini adalah satu ilmu yang tua.
Berdasarkan rujukan-rujukan saya terhadap senaman tradisi India dan Cina, didapati bahawa banyak dari gerakan Senaman Kacip Fatimah ini unik, walaupun terdapat sedikit sebanyak persamaan di sana sini. Pada saya, gerakan-gerakan senaman ini adalah amat bernilai sebagai khazanah bangsa Melayu dan patut diketahui oleh generasi yang kemudian.
Asal Usul Nama Kacip Fatimah
Orang-orang Melayu zaman dahulu (setelah kedatangan Islam di Nusantara) telah menjadikan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah (Siti Fatimah) sebagai contoh teladan (role-model) pasangan suami isteri yang bahagia. Nama Saidina ‘Ali telah disempenakan untuk menamakan sejenis akar yang dianggap sebagai permata kelelakian di alam Melayu (Tongkat Ali) dan nama Saidatina Fatimah pula disempenakan untuk sejenis tumbuhan kecil yang dianggap permata kewanitaan (Kacip Fatimah). Kacip pula adalah sejenis alat untuk membelah dan meracik pinang, digunakan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman (sejak dari zaman Hindu di Nusantara).






Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila) banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapati hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibu bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat mengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin dari dalam tubuh.
Gerakan Senaman Kacip Fatimah
Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagai petua tradisional Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepada petua-petua tradisional India dan Cina untuk membuat perbandingan:
1. Halus Pandangan
Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
2. Angin Tunggal
Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
3. Angin Kembar
Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.
Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru

Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
6 tip yang saya maksudkan adalah;
1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.
2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!
trans 6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.
5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.
6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!


Petua Kesihatan Daripada Rasulullah...

Petua ini saya dapat daripada sahabat saya, ia adalah petua untu mengelakkan sakit perut. Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hidupnya. Rasulullah bersabda, mafhumnya :
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU
Anda boleh mencuba, InsaAllah dengan keizinan Allah, ia akan berkesan.

Wednesday, December 15, 2010

Petua Menghilangkan Jerawat Muka

Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat di wajah anda, amalkan salah satu petua-petua ini..
1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
atau

Gunakan gel daun Lidah Buaya. Lumurkan ke muka 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.