Saturday, December 11, 2010

PETUA KESIHATAN

1. RAWAT BENTAN KETIKA PANTANG

Bagi ibu-ibu yang bersalin, sewaktu dalam pantang mungkin mengalami rasa seram
sejuk dengan secara tiba-tiba, kepala pening dan badan rasa menggigil. Ini
dikatakan bentan . Untuk mengatasi masalah ini, kita hendaklah berehat secepat
mungkin , minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula segelas,
kemudian sapu ibu kaki dengan sehiris bawang merah. Selepas itu selimutlah
dengan selimut tebal sehingga berpeluh. Semasa dalam pantang, elakkan memakan
makanan yang berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti
rambutan,langsat, manggis dan sebagainya.

2. GATAL KERONGKONG

Untuk menghilangkan gangguan ini, cubalah petua berikut. Ambil 2-3 helai daun
salam segar yang telah dicuci bersih. Masukkan dalam mangkuk. Rendam dengan
air panas. Tambahkan sedikit garam kemudian tutup. Biarkan hingga sejuk
kemudian minumlah hingga habis.
3. DAUN PETAI CINA UBAT KURAP

Jika anda mempunyai penyakit kurap, ada petua tradisional untuk mengatasinya.
Ambil segenggam daun petai cina, tumbuk hingga halus. Campurkan daun tersebut
dengan satu sudu teh kapur sirih, kemudian adukkan hingga rata. Oleskan ramuan
tersebut pada bahagian tubuh yang terkena kurap. Lakukan secara teratur hingga
kurap itu beransur hilang.

4. KEDELAI UBAT SAKIT GINJAL

Tahukah anda bahawa kedelai ternyata boleh menyembuhkan penyakit ginjal?
Rebus tiga sudu makan kacang kedelai dengan empat gelas air hingga mendidih.
Biarkan air rebusan menjadi satu gelas. Minumlah ramuan ini ketika masih panas
setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

5. KHASIAT RAGI TAPAI

Berbedak dengan bahan-bahan yang boleh memanaskan badan amat baik untuk
mengembalikan kesihatan. Bahan yang baik dijadikan bedak ialah ragi tapai.
Caranya ambil sebuku ragi tapai , tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Bancuh
dengan air, jadikan seperti bedak sejuk, setelah itu bancuh dengan air sejuk.

6. PETAI JAWA UBAT KENCING MANIS

Ambil petai jawa atau petai belalang yang sudah tua dan kering. Goreng petai itu
tanpa minyak sehingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi.
Ambil beberapa sudu kemudian dibancuh dengan air panas seperti membancuh
kopi. Minumlah seperti anda minum kopi. Amalkan meminum ramuan ini.

7. DAUN BETIK MENGUBAT LUKA

Sekiranya anda luka terkena pecahan kaca dan serpihan kaca tertinggal dikaki,
ambil daun betik dan tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Tempelkan daun
betik yang telah lumat itu pada luka tersebut dan balutlah dengan kain bersih.
Insya-allah dalam beberapa hari serpihan kaca yang masih tinggal pada luka itu
akan keluar dan lukanya akan segera kering dan sembuh.

8. UBAT GUSI BENGKAK

Jika gusi anda busuk dan berlubang serta lambat mendapat rawatan, anda
mungkin mengalami bengkak pada gusi. Bengkak gusi ini mungkin mengandungi
nanah yang mana membuat anda sukar makan kerana sakit dan berdenyut. Untuk
mengatasinya, ambil umbut nanas, hancurkan, setelah itu campurkan dengan
sedikit garam halus. Tampalkan pada gigi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan
sehingga kering.

9. AIR BERAS LAWAS KENCING




Jika anda kurang minum air dan tidak menjaga pemakanan anda atau menahan
kencing, anda mungkin mengalami masalah kencing tidal lawas. Cara mudah
merawat masalah ini ialah dengan meminum air basuhan beras yang sudah bersih
sebanyak satu gelas setelah anda makan tengahari. Lakukan cara ini sehingga
sembuh.

10. AIR SIRIH RAWAT DEMAM

Jika anda dapati anak anda mengalami demam panas, sukar pula untuk mendapatrawatan doktor, anda bolehlah ambil tiga helai daun sirih , ramas bersama sedikitair, kemudian jaramkan pada kepala anak anda. Lakukan cara ini beberapa kalisehingga demam anak anda turun.
11. BANYAKKAN SUSU IBU

Wanita yang sedang menyusui bayinya seringkali bingung kalau air susu ibu tidak
lancar keluarnya. Untuk melancarkan air susu itu, cubalah cara ini. Makanlah
lobak merah segar sebagai ulam atau dibuat sayur goreng. Atau ambil biji jagung
tua secukupnya, lalu direndang sampai pecah dan rangup(bertih jagung). Makan
bertih ini setiap hari.

12. PELUH DIKETIAK

Peluh yang berlebihan pada ketiak pasti menyakitkan hati. Ia juga meninggalkankesan kuning pada pakaian terutama disekitar ketiak baju. Cara mengatasinya,tumbuklah tawas hingga halus, kemudian diayak. Simpan serbuk tawas itu dalambotol kedap udara. Gunakan tawas ini setiap seringkali selepas mandi dengan caradigosokkan pada ketiak.
13. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda menikmati buah durian, mulut atau sendawa akan berbau.
Dan pada sesetengah orang pula akan terasa mual, pening atau mabuk. Untuk
mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air
didalamnya. Ratakan air itu dan minumlah.

14. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat
gigi keatas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
15. MINYAK TANAH HILANG KUTU

Satu petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan
sedikit minyak tanah diserata kepala. Kemudian balut kepala dengan tuala lembap.
Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu
melekat pada tuala itu dan kepala anda akan bebas daripadanya.

16. PULIH TENAGA LEPAS BERSALIN

Untuk mengatasinya, sediakan sebuku kunyit sebesar ibu jari, gula merah tiga
sudu, tiga kerat lempoyang sebesar ibu jari. Lempoyang dan kunyit ditumbuk halus
dicampur dengan gula merah. Bahan-bahan tadi hendaklah direbus dengan tiga
gelas air hingga tinggal segelas sahaja. Setelah disejukkan barulah diminum,
lakukan cara ini beberapa kali sehingga tanda-tanda penyakit anda sembuh.

17. ELAK MUAL KETIKA HAMIL

Untuk mengatasinya anda hendaklah minum air suam, jangan sesekali minum airyang berlemak seperti susu dan air kacang soya, makan asam sedikit-sedikit danbiskut keras satu jam sekali mungkin boleh mengatasi masalah ini.
18. KASUT BARU, KAKI MELECET

Jika anda menggunakan kasut baru, biasanya kaki anda akan melecet dan sudah
tentu anda kurang selesa untuk berjalan dan mengurangkan gaya anda bila
berjalan. Untuk mengatasi kaki melecet bila memakai kasut baru, anda boleh
sapukan minyak kelapa disekeliling kasut anda sebelum dipakai. Atau anda
sapukan bawang merah pada kaki anda. Dengan ini kaki anda tidak akan melecet.

19. MENJAGA KESEGARAN MATA
Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh amalkan
perubatan cara tradisional. Caranya ambil daun lobak merah, rendam dalam 1
mangkuk air panas , biarkan beberapa minit setelah itu minum airnya 3 kali sehari
sebelum makan.
20. RAWAT CIRIT-BIRIT
Bila anda diserang cirit-birit, minumlah secawan air tanak nasi sehingga perut rasa
lega. Insya-Allah anda akan berhenti membuang air besar.
21. JIKA BAYI MASUK ANGIN

Jika bayi anda masuk angin , jangan khuatir. Cubalah resepi di bawah ini. Ambil 2
ulas bawang merah yang telah diparut, campurkan dengan satu sudu teh asam
jawa, satu sudu minyak kelapa dan satu sudu makan minyak kayu putih. Peramkan
campuran bahan-bahan tersebut pada bahagian belakang, dada dan perut bayi
anda. Kemudian gosok-gosokkan belakang bayi anda dengan bawang merah
tunggal yang dibelah dua.

22. CARA UBAT LUKA

Cara yang paling mudah untuk merawat luka , baik yang baru mahupun yang
sudah lama atau infeksi adalah mengubatinya dengan madu. Bersihkan luka
dengan alkohol 70 persen, atau dengan air panas. Kemudian basahi kapas dengan
madu. Tempelkanlah kapas yang telah diberi madu pada luka anda. Insya-Allah,
dalam waktu yang singkat hasilnya sungguh memuaskan.

No comments:

Post a Comment