Monday, December 20, 2010

Petua Senaman Kacip Fatimah

Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petuatermasuklah menjaga makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan melakukan senaman ini kepada seiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat.





emasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa ‘stroke’ kerap menyerang pada awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.
Saya telah berpeluang belajar Senaman Kacip Fatimah untuk wanita dari seorang tukang urut yang berasal dari Yong Peng, Johor. Beliau pergi mengurut ke merata tempat dan akan mengajarkan kepada wanita-wanita yang diurutnya itu gerakan-gerakan senaman ini. Gerakan senaman yang beliau ajarkan adalah serupa dengan gerakan yang diajarkan oleh seorang lagi wanita Melayu yang berasal dari Johor Bahru, menunjukkan bahawa gerakan senaman ini adalah satu ilmu yang tua.
Berdasarkan rujukan-rujukan saya terhadap senaman tradisi India dan Cina, didapati bahawa banyak dari gerakan Senaman Kacip Fatimah ini unik, walaupun terdapat sedikit sebanyak persamaan di sana sini. Pada saya, gerakan-gerakan senaman ini adalah amat bernilai sebagai khazanah bangsa Melayu dan patut diketahui oleh generasi yang kemudian.
Asal Usul Nama Kacip Fatimah
Orang-orang Melayu zaman dahulu (setelah kedatangan Islam di Nusantara) telah menjadikan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah (Siti Fatimah) sebagai contoh teladan (role-model) pasangan suami isteri yang bahagia. Nama Saidina ‘Ali telah disempenakan untuk menamakan sejenis akar yang dianggap sebagai permata kelelakian di alam Melayu (Tongkat Ali) dan nama Saidatina Fatimah pula disempenakan untuk sejenis tumbuhan kecil yang dianggap permata kewanitaan (Kacip Fatimah). Kacip pula adalah sejenis alat untuk membelah dan meracik pinang, digunakan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman (sejak dari zaman Hindu di Nusantara).






Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila) banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapati hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibu bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat mengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin dari dalam tubuh.
Gerakan Senaman Kacip Fatimah
Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagai petua tradisional Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepada petua-petua tradisional India dan Cina untuk membuat perbandingan:
1. Halus Pandangan
Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
2. Angin Tunggal
Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
3. Angin Kembar
Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.
Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru

Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
6 tip yang saya maksudkan adalah;
1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.
2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!
trans 6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.
5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.
6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!


Petua Kesihatan Daripada Rasulullah...

Petua ini saya dapat daripada sahabat saya, ia adalah petua untu mengelakkan sakit perut. Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hidupnya. Rasulullah bersabda, mafhumnya :
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU
Anda boleh mencuba, InsaAllah dengan keizinan Allah, ia akan berkesan.

Wednesday, December 15, 2010

Petua Menghilangkan Jerawat Muka

Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat di wajah anda, amalkan salah satu petua-petua ini..
1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
atau

Gunakan gel daun Lidah Buaya. Lumurkan ke muka 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.

Saturday, December 11, 2010

PETUA KESIHATAN

1. RAWAT BENTAN KETIKA PANTANG

Bagi ibu-ibu yang bersalin, sewaktu dalam pantang mungkin mengalami rasa seram
sejuk dengan secara tiba-tiba, kepala pening dan badan rasa menggigil. Ini
dikatakan bentan . Untuk mengatasi masalah ini, kita hendaklah berehat secepat
mungkin , minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula segelas,
kemudian sapu ibu kaki dengan sehiris bawang merah. Selepas itu selimutlah
dengan selimut tebal sehingga berpeluh. Semasa dalam pantang, elakkan memakan
makanan yang berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti
rambutan,langsat, manggis dan sebagainya.

2. GATAL KERONGKONG

Untuk menghilangkan gangguan ini, cubalah petua berikut. Ambil 2-3 helai daun
salam segar yang telah dicuci bersih. Masukkan dalam mangkuk. Rendam dengan
air panas. Tambahkan sedikit garam kemudian tutup. Biarkan hingga sejuk
kemudian minumlah hingga habis.
3. DAUN PETAI CINA UBAT KURAP

Jika anda mempunyai penyakit kurap, ada petua tradisional untuk mengatasinya.
Ambil segenggam daun petai cina, tumbuk hingga halus. Campurkan daun tersebut
dengan satu sudu teh kapur sirih, kemudian adukkan hingga rata. Oleskan ramuan
tersebut pada bahagian tubuh yang terkena kurap. Lakukan secara teratur hingga
kurap itu beransur hilang.

4. KEDELAI UBAT SAKIT GINJAL

Tahukah anda bahawa kedelai ternyata boleh menyembuhkan penyakit ginjal?
Rebus tiga sudu makan kacang kedelai dengan empat gelas air hingga mendidih.
Biarkan air rebusan menjadi satu gelas. Minumlah ramuan ini ketika masih panas
setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

5. KHASIAT RAGI TAPAI

Berbedak dengan bahan-bahan yang boleh memanaskan badan amat baik untuk
mengembalikan kesihatan. Bahan yang baik dijadikan bedak ialah ragi tapai.
Caranya ambil sebuku ragi tapai , tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Bancuh
dengan air, jadikan seperti bedak sejuk, setelah itu bancuh dengan air sejuk.

6. PETAI JAWA UBAT KENCING MANIS

Ambil petai jawa atau petai belalang yang sudah tua dan kering. Goreng petai itu
tanpa minyak sehingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi.
Ambil beberapa sudu kemudian dibancuh dengan air panas seperti membancuh
kopi. Minumlah seperti anda minum kopi. Amalkan meminum ramuan ini.

7. DAUN BETIK MENGUBAT LUKA

Sekiranya anda luka terkena pecahan kaca dan serpihan kaca tertinggal dikaki,
ambil daun betik dan tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Tempelkan daun
betik yang telah lumat itu pada luka tersebut dan balutlah dengan kain bersih.
Insya-allah dalam beberapa hari serpihan kaca yang masih tinggal pada luka itu
akan keluar dan lukanya akan segera kering dan sembuh.

8. UBAT GUSI BENGKAK

Jika gusi anda busuk dan berlubang serta lambat mendapat rawatan, anda
mungkin mengalami bengkak pada gusi. Bengkak gusi ini mungkin mengandungi
nanah yang mana membuat anda sukar makan kerana sakit dan berdenyut. Untuk
mengatasinya, ambil umbut nanas, hancurkan, setelah itu campurkan dengan
sedikit garam halus. Tampalkan pada gigi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan
sehingga kering.

9. AIR BERAS LAWAS KENCING




Jika anda kurang minum air dan tidak menjaga pemakanan anda atau menahan
kencing, anda mungkin mengalami masalah kencing tidal lawas. Cara mudah
merawat masalah ini ialah dengan meminum air basuhan beras yang sudah bersih
sebanyak satu gelas setelah anda makan tengahari. Lakukan cara ini sehingga
sembuh.

10. AIR SIRIH RAWAT DEMAM

Jika anda dapati anak anda mengalami demam panas, sukar pula untuk mendapatrawatan doktor, anda bolehlah ambil tiga helai daun sirih , ramas bersama sedikitair, kemudian jaramkan pada kepala anak anda. Lakukan cara ini beberapa kalisehingga demam anak anda turun.
11. BANYAKKAN SUSU IBU

Wanita yang sedang menyusui bayinya seringkali bingung kalau air susu ibu tidak
lancar keluarnya. Untuk melancarkan air susu itu, cubalah cara ini. Makanlah
lobak merah segar sebagai ulam atau dibuat sayur goreng. Atau ambil biji jagung
tua secukupnya, lalu direndang sampai pecah dan rangup(bertih jagung). Makan
bertih ini setiap hari.

12. PELUH DIKETIAK

Peluh yang berlebihan pada ketiak pasti menyakitkan hati. Ia juga meninggalkankesan kuning pada pakaian terutama disekitar ketiak baju. Cara mengatasinya,tumbuklah tawas hingga halus, kemudian diayak. Simpan serbuk tawas itu dalambotol kedap udara. Gunakan tawas ini setiap seringkali selepas mandi dengan caradigosokkan pada ketiak.
13. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda menikmati buah durian, mulut atau sendawa akan berbau.
Dan pada sesetengah orang pula akan terasa mual, pening atau mabuk. Untuk
mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air
didalamnya. Ratakan air itu dan minumlah.

14. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat
gigi keatas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
15. MINYAK TANAH HILANG KUTU

Satu petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan
sedikit minyak tanah diserata kepala. Kemudian balut kepala dengan tuala lembap.
Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu
melekat pada tuala itu dan kepala anda akan bebas daripadanya.

16. PULIH TENAGA LEPAS BERSALIN

Untuk mengatasinya, sediakan sebuku kunyit sebesar ibu jari, gula merah tiga
sudu, tiga kerat lempoyang sebesar ibu jari. Lempoyang dan kunyit ditumbuk halus
dicampur dengan gula merah. Bahan-bahan tadi hendaklah direbus dengan tiga
gelas air hingga tinggal segelas sahaja. Setelah disejukkan barulah diminum,
lakukan cara ini beberapa kali sehingga tanda-tanda penyakit anda sembuh.

17. ELAK MUAL KETIKA HAMIL

Untuk mengatasinya anda hendaklah minum air suam, jangan sesekali minum airyang berlemak seperti susu dan air kacang soya, makan asam sedikit-sedikit danbiskut keras satu jam sekali mungkin boleh mengatasi masalah ini.
18. KASUT BARU, KAKI MELECET

Jika anda menggunakan kasut baru, biasanya kaki anda akan melecet dan sudah
tentu anda kurang selesa untuk berjalan dan mengurangkan gaya anda bila
berjalan. Untuk mengatasi kaki melecet bila memakai kasut baru, anda boleh
sapukan minyak kelapa disekeliling kasut anda sebelum dipakai. Atau anda
sapukan bawang merah pada kaki anda. Dengan ini kaki anda tidak akan melecet.

19. MENJAGA KESEGARAN MATA
Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh amalkan
perubatan cara tradisional. Caranya ambil daun lobak merah, rendam dalam 1
mangkuk air panas , biarkan beberapa minit setelah itu minum airnya 3 kali sehari
sebelum makan.
20. RAWAT CIRIT-BIRIT
Bila anda diserang cirit-birit, minumlah secawan air tanak nasi sehingga perut rasa
lega. Insya-Allah anda akan berhenti membuang air besar.
21. JIKA BAYI MASUK ANGIN

Jika bayi anda masuk angin , jangan khuatir. Cubalah resepi di bawah ini. Ambil 2
ulas bawang merah yang telah diparut, campurkan dengan satu sudu teh asam
jawa, satu sudu minyak kelapa dan satu sudu makan minyak kayu putih. Peramkan
campuran bahan-bahan tersebut pada bahagian belakang, dada dan perut bayi
anda. Kemudian gosok-gosokkan belakang bayi anda dengan bawang merah
tunggal yang dibelah dua.

22. CARA UBAT LUKA

Cara yang paling mudah untuk merawat luka , baik yang baru mahupun yang
sudah lama atau infeksi adalah mengubatinya dengan madu. Bersihkan luka
dengan alkohol 70 persen, atau dengan air panas. Kemudian basahi kapas dengan
madu. Tempelkanlah kapas yang telah diberi madu pada luka anda. Insya-Allah,
dalam waktu yang singkat hasilnya sungguh memuaskan.

Petua Orang Melayu : Tips Kesihatan Tradisional

Kali ini Garuda nak keluar Skop Jenayah sikit. Bukan apa, sekadar untuk berkongsi maklumat yang Garuda ada. Cerita kali ini Garuda nak kongsi dengan rakan pembaca menganai petua orang-orang lama yang berkisar banyak dengan ubat-ubatan tradisional ni.


Pertama (Halia) : Tahukah anda, bahawa halia mampu mengubat penyakitPanau. Caranya, tembuk hingga lumat halia tersebut dan sapukan ditempat yang berpanau. Insyallah berkesan.

Kedua (Belimbing Buluh) : Bagi mereka yang berhadapan masalah tumit kaki merekah/pecah, belimbing buluh mampu menyelesai masalah anda. Caranya, gosok tumit yang merekah/pecah dengan belimbing buluh, kemudian berus dengan secara perlahan-lahan. Lebih berkesan jika diamalkan sebelum mandi.


Ketiga (Kunyit) : Bagi mereka yang mempunyai bayi, tahukah anda kunyit boleh menyelesaikan masalah sekiranya bayi anda mengidap selsema. Caranya, potong/tumbuk kunyit hingga kecil/lumat, dan letakkan dihidung bayi anda. Insyallah berkesan.

Selamat mencuba.. (^^)


Thursday, December 9, 2010

10 Tip Menghadapi Musim Demam dan Selsema



Tahun ini ramai yang risau takut-takut terkena demam atau selsema. Terutamanya apabila anda memikirkan tentang tersebarnya wabak H1N1, atau selsema babi. Walaupun wabak ini hanya sederhana setakat ini (dalam negara ini), penyakit ini telah membuatkan para pegawai kesihatan dan profesional perubatan menjadi sedikit cemas.
Semua mungkin bersetuju perkara terburuk yang boleh berlaku sekarang adalah mula menjadi panik. Jadi mari kita lapangkan dada dan mulakan langkah proaktif bagi melawan penyakit-penyakit ini awal-awal. Lebih banyak langkah-langkah yang anda ambil, walaupun kecil untuk menentang selsema dan demam ini, juga akan pasti melindungi anda dari sebarang penyakit-penyakit lain.

Berikut adalah 10 Tip Menghadapi Demam dan Selsema.



1. Basuh Tangan Anda

Perkara paling senang, namun tidak diambil berat dalam menangkis kuman-kuman. Kerapkan mencuci tangan, dan pastikan anak-anak anda menggosok tangannya sekurang-kurang 20 saat. Pastikan anda atau anak anda menggosok bahagian depan dan belakang tangan, celah-celah jari dan kuku.

2. Bersihkan Tangan Sama Ada Anda di Luar atau di Rumah

Bawa pembersih tangan bukan toksik dalam beg tangan atau saku anda semasa keluar, di pejabat atau gimnasium. Tetapi awas jangan terlebih guna, kerana ia mengandugi bahan kimia, dan jika terlebih guna antibakteria mungkin menghapuskan sekali bakteria baik bersama dengan bakteria jahat, sehingga tidak meninggalkan apa-apa untuk membina keimunan badan anda.

3. Minum Air Secukupnya

Adakalanya dalam waktu-waktu lebih sejuk dan hujan kita mempunyai satu tanggapan bahawa kita tidak memerlukan banyak air sebagaimana pada hari yang panas. Ini tidak benar. Sebenarnya kita memerlukan air hampir sama yang banyak, dan lebih jika anda mahu membantu badan anda mengeluarkan toksin-toksin, kekotoran, dan melawan penyakit. Bawa air secukupnya dan minum apabila terasa dahaga.

4. Makan Secara Sihat

Makanan menyediakan satu pertahanan utama untuk badan anda, ada di antaranya adalah bintang kepada sistem pertahanan badan. Lobak merah (karot), buah kiwi, kismis, kekacang hijau, buah oren, strawberi: semuanya mengandungi fitonutrien yang merangsang pertahanan badan seperti vitamin C dan karotenoid. Sayur-sayuran krusifera, termasuk brokoli, kubis, dan bunga kubis, adalah sumber yang baik betakarotena dan membantu melindungi dari kerosakan akibat radikal bebas.

5. Tidur

Mendapat satu malam tidur yang cukup (dan mungkin tidur siang pada hujung minggu) memberi kesan besar ke arah sistem imunisasi badan diri anda yang kukuh dan bersedia. Bila anda mula berjaga malam, dan mengorbankan tidur, rintangan anda terhadap penyakit akan berkurangan dan anda lebih lemah terhadap penyakit. Keperluan purata seorang dewasa adalah lebih kurang sebanyak 6-8 jam tidur. Seorang bayi baru lahir mungkin perlu sehingga 18 jam sehari, kanak-kanak memerlukan 12 untuk 13 jam, dan kanak-kanak prasekolah memerlukan lebih kurang 10 jam tidur.

6. Berada di Rumah Semasa Sakit

Ini adakalanya adalah nasihat yang paling sukar untuk diikuti. Masyarakat hari ini tidak meletakkan banyak penekanan kepada mengambil masa untuk menyembuhkan badan atau menjaga kesihatan; sukar untuk buat keputusan untuk berehat di katil sehari atau dua ketika sakit. Tetapi kita semua mungkin pernah terkena apabila seorang rakan sekerja yang menghidap demam selsema mengjangkitkan penyakitnya kepada setiap orang di dalam pejabat. Bagi sekolah-sekolah khususnya, keimunan kolompok sangat bergantung kepada kanak-kanak yang sakit berada di rumah. Rancang dahulu dan kemudian berbincang dengan majikan, rakan-rakan dan keluarga anda untuk terlibat menyokong anda sekiranya anda terpaksa berada di rumah.

7. Tutup Hidung Anda, tetapi bukan dengan tangan anda!

Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengubah slogan lama, “Tutup hidung anda!”. Apabila anda batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung anda untuk menghalang penyebaran kuman-kuman dari anda. Melainkan anda membasuh segera tangan anda selepas itu, tangan anda akan cuma merebakkan kuman-kuman itu lagi kepada pemegang pintu, papan kekunci komputer, dan orang lain. Kementerian Kesihatan mencadangkan anda berpusing ke arah dalam badan, dan membiarkan baju anda atau lengan menangkap kuman-kuman anda. Lebih baik, ambil sehelai tisu apabila anda terasa geli untuk bersin atau batuk. Kemudian buang tisu itu dan basuh tangan anda.

8. Bersenam

Bersenam menguatkan sel-sel yang melawan penyakit. Jangan abaikan rutin senaman anda ketika bulan-bulan hujan dan cuaca sejuk, dan biarkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti di sekolah. Cuba buat kegiatan kumpulan bersama keluarga, sama ada ia bersenam bersama, seni bela diri, atau bermain.

9. Jauhkan Tangan Anda Dari Muka

Mata, hidung dan mulut anda adalah pintu untuk kuman-kuman untuk masuk ke dalam badan anda. Pengangkutan utama untuk dapat pergi ke muka pintu ini adalah tangan anda. Jika anda rasa gatal-gatal, cuba gunakan lengan anda daripada tangan atau basuh tangan anda sebelum menggaru muka anda.

10. Bersantai dan Berseronok

Tekanan dan rasa bimbang menjejaskan ketahanan badan. Ambil sedikit masa setiap hari untuk melepaskan tekanan dan berseronok. Peluk anak-anak anda dan sebuah buku yang baik. Adakan satu pesta menggeletek untuk berketawa bersama keluarga. Tarik nafas yang dalam dan menenangkan apabila anda mula merasakan tekanan atau kesedihan.

Mungkin semua tip sesuai untuk anda, mungkin juga ada yang kurang sesuai tetapi menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab. Ia memberi kesan kepada diri, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang di sekiling diri kita.


Beberapa Poin Pemilihan Ubat Gigi Anda


Melihat pilihan ubat gigi yang ada pada rak jualan hari ini mungkin membuatkan kepala anda jadi pening, terlalu banyak pilihan. Cuba guna panduan ini untuk membantu anda membuat pilihan:

  • Ubat gigi pemutih tidak akan menjadikan gigi anda putih seperti mana jika anda lakukan pemutihan dengan doktor gigi, tetapi ubat gigi ini boleh memutihkan gigi anda lebih dari ubat gigi biasa.
  • Ubat gigi dan ubat kumur tiada kelebihan dalam melawan nafas berbau, mengikutAmerican Dental Association.
  • Kesemua ubat gigi mengandungi bahan penggilap dan bahan pencuci. Serbuk penaik kek mempunyai kedua-dua ciri ini. Gunakannya jika anda rasa anda boleh tahan dengan rasanya yang pahit.
  • Kanak-kanak tidak memerlukan ubat gigi mereka khas mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak akan menghasilkan tartar pada gigi sehinggalah mereka akil baligh, jadi ubat gigi berflourida sudah memadai untuk mereka.
  • Gigi anda sensitif? Perhatikan pada label ubat gigi. Bahan potassium klorida (potassium chloride) membantu menyekat reseptor kesakitan.


Tuesday, December 7, 2010

Kekanda Adinda (Monoloque vs. Atilia) (HQ) + Lirik

Petua Resdung

Resdung 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Resdung 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Resdung 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Resdung 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Resdung 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
Resdung 6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
maklumat lanjut di http://bit.ly/gxBvq1

PETUA KESIHATAN

01- Masalah kencing tidak lawas Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.
02- Bibir Merekah 
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
[Kembali Ke Menu ]

03- Segarkan Kulit Muka 
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.
[Kembali Ke Menu ]

04- Rawati Kulit Melecur 
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
05- Merawat Sakit Tekak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

[Kembali Ke Menu ]

06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

[Kembali Ke Menu ]

07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

[Kembali Ke Menu ]

08- Menurunkan panas badan 
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

[Kembali Ke Menu ]

09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

[Kembali Ke Menu ]

10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

[Kembali Ke Menu ]

11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

[Kembali Ke Menu ]

12- Sembuhkan luka selepas bersalin 
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

[Kembali Ke Menu ]

13- Legakan Sakit Kepala 
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

[Kembali Ke Menu ]

14- Kilatkan rambut dengan biji betik 
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

[Kembali Ke Menu ]

15- Hilangkan Lemak 
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

[Kembali Ke Menu ]

16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

[Kembali Ke Menu ]

17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

[Kembali Ke Menu ]

18- Melangsingkan badan
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

[Kembali Ke Menu ]

19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

[Kembali Ke Menu ]

20- Khasiat bawang putih
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Monday, December 6, 2010

Nutrien untuk jantung

Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung?
Jawapan
Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga.
Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.
Koenzim Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh. Adakalanya kekurangan boleh berlaku akibat pengambilan dalam makanan yang tidak mencukupi, masalah dalam biosistesis koenzim Q10, penggunaan yang berlebihan oleh tubuh atau kesemua faktor-faktor tersebut. Kaitan antara kekurangan COQ10 dan masalah kesihatan didedahkan oleh beberapa kajian ke atas manusia dan juga haiwan. Masalah-masalah kesihatan ini selalunya dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.
Manfaat koenzim Q10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal. Kajian turut mencadangkan agar koenzim Q10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). Di Jepun, koenzim Q10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini.
Kekurangan koenzim Q10 yang ketara juga dikesan di kalangan penghidap kegagalan jantung kongestif yang turut sama mengalami hipertensi. Ujian klinikal juga mendapati pengambilan koenzim Q10 di kalangan penghidap hipertensi mampu membantu merendahkan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan ketara.
Masalah keletihan dan kelemahan otot juga lebih mudah dialami di kalangan mereka yang sedang mengambil statin untuk menangani masalah peningkatan kolesterol dalam darah. Tidak dapat dinafikan statin merupakan ubat untuk mengawal peningkatan kolesterol yang berkesan. Namun, dalam masa yang sama ia juga boleh merendahkan penghasilan koenzim dalam tubuh memandangkan kedua-duanya berkongsi laluan yang sama dalam proses penghasilannya dalam tubuh.
Kajian membuktikan bahawa pengambilan statin dalam jangka pendek sekalipun boleh merendahkan paras koenzim dalam plasma darah. Dengan itu, pengambilan koenzim Q10 dianggap penting di kalangan pengambil statin dalam usaha mencegah simptom-simptom seperti kelesuan dan masalah jantung.

maklumat lebih lanjut di http://bit.ly/gxBvq1

Mandi malam & minum air batu…..

Mandi malam & minum air batu, kesannya ke atas paru-paru.
Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.
Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.
Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.http://bit.ly/gxBvq1 .Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.
Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.
Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.
Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).
Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.
Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.
Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.
Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.
Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.
Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.
Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.
Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.
Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.
Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.
Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.
Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.

Saturday, December 4, 2010

5 Cara Mengurangkan Tekanan Kerja

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. 

Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. 

Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan 

dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir. 

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu 

berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai 

pelbagai ragam dan karenah. 

Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan
terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa 

merelakannya walaupun di dalam hati hanya 

Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda. 

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk 

anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. 

Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, 

namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk 

menghadapi hari yang panjang. 

1. Cuci muka 
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. 

Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas 

untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti 

mampu memberikan anda kesegaran baru.
Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat
beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan
senyuman di bibir anda. 

2. Membaca kisah lucu 
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan 

melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. 

Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, 

ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, 

sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja 

yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan 

melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung 

pekerjaan yang sedang diusahakan. 

3. Berbual dengan rakan 
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. 

Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu 

berbual dengan rakan rapat sahaja. 

Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. 

Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat 



menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar 

fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. 

Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga. 

4. Ke kafetaria 
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria.
Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. 

Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh 

menambahkan lagi tekanan yang dialami. 

Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi. 

5. Berjalan seketika 
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. 

Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. 

Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, 

ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. 

Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu 

dengan seseorang yang mampu membantu anda. 

Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan 

mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.